Ada soalan? Semak di sini.
Soalan lazim tentang kerjasama dengan HN Marketing Lab, servis, harga dan persediaan kempen.
Servis apa yang saya boleh pilih?
Saya tawarkan empat servis:
- Paid Ads: Iklan di Meta, YouTube dan TikTok untuk sasarkan penonton mengikut lokasi. Saya pantau dan tambah baik kempen sepanjang ia berjalan.
- Custom Seeders: Kempen seeding ikut brief anda, dengan peserta yang dipilih serta mesej dan aktiviti yang dirancang bersama.
- Social Seeders: Pilih platform, jenis aktiviti dan kuantiti. Saya sediakan harga berdasarkan skop yang dipersetujui.
- Movie Page Collaboration: 15–20 posting khas sebulan untuk promosikan filem anda kepada komuniti peminat filem di Suka Filem.
Apa pakej Paid Ads yang ada?
Pakej Paid Ads yang tersedia:
- Short Campaign: Dari RM3,000. 7 hari · Facebook ATAU YouTube · Tontonan video · Bajet iklan RM2,400
- Launch Campaign: Dari RM13,000. 15–20 hari · Facebook, Instagram, TikTok · Bajet iklan RM10,400
- Full Release Rollout: Dari RM48,000. 30 hari · Facebook, Instagram, YouTube, TikTok · Bajet iklan RM40,800
- Skop khusus: Minta sebut harga. Bincangkan objektif, tempoh dan bajet anda.
Harga pakej termasuk bajet iklan dan fi pengurusan.
Harga Paid Ads dah termasuk bajet iklan dan fi pengurusan?
Ya. Harga pakej Paid Ads termasuk kedua-duanya.
- Fi pengurusan: Perancangan, setup iklan, pemantauan harian, penambahbaikan kempen dan laporan prestasi.
- Bajet iklan: Jumlah untuk iklan dinyatakan dalam pakej supaya anda boleh lihat pecahan bajet.
Boleh jalankan iklan selepas filem mula ditayangkan?
Boleh. Kita boleh terus promosikan filem kepada penonton yang belum menonton selepas minggu pertama tayangan. Objektif, tempoh dan bajet kempen boleh dibincangkan mengikut keperluan filem.
Boleh guna akaun iklan saya sendiri?
Boleh. Saya boleh urus kempen melalui akaun iklan anda. Kalau lebih sesuai, penggunaan akaun saya dan cara pemindahan bajet boleh dibincangkan terlebih dahulu.
Custom Seeders tu macam mana?
Kongsikan siapa yang anda nak capai, mesej utama dan aktiviti yang diperlukan. Saya bantu susun kempen seeding dengan profil peserta dan mesej yang sesuai dengan brief anda.
Skop servis: • Pemilihan profil peserta mengikut brief • Perancangan mesej kempen • Penyelarasan aktiviti mengikut skop yang dipersetujui
Pakej: • 300 peserta: RM7,500 • 500 peserta: RM11,000 • 1,000 peserta: RM19,000 • 2,000 peserta: RM32,000
Apa beza Social Seeders dengan Custom Seeders?
- Social Seeders: Anda pilih platform, jenis aktiviti dan kuantiti yang diperlukan. Harga dan pilihan yang tersedia disahkan sebelum kempen bermula.
- Custom Seeders: Peserta, mesej dan aktiviti dirancang bersama mengikut brief anda.
Pilihan platform Social Seeders termasuk Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, LinkedIn, YouTube dan Google.
Aktiviti apa yang ada untuk Social Seeders?
Antara pilihan aktiviti:
- Followers atau subscribers
- Likes dan komen
- Repost, share dan save
- Review dan pemasangan aplikasi
- Combo aktiviti
- Komen dengan ayat yang client dah luluskan
Harga ikut kuantiti. Bincang dengan Hakim untuk semak senarai harga, kesesuaian dan pilihan yang tersedia.
Seeders ni pengguna Malaysia ke?
Ya, servis ini menggunakan peserta Malaysia. Bincang dengan Hakim untuk sahkan pilihan profil, lokasi dan demografi yang tersedia mengikut servis serta brief kempen anda.
Macam mana kerjasama dengan Suka Filem?
Promosikan filem anda di Suka Filem melalui posting yang disediakan untuk komuniti peminat filem Malaysia. Jadual dan content dirancang mengikut kempen anda.
- Harga: RM3,000 sebulan
- Content: 15–20 posting khas sebulan
Servis ini khusus untuk liputan di Suka Filem. Paid ads dan aktiviti seeders dikira berasingan.
Content apa yang boleh dibuat untuk Suka Filem?
Antara content yang boleh dirancang:
- Liputan filem
- Ulasan filem
- Pengumuman tarikh tayangan
- Behind the scenes
- Posting promosi
Content disesuaikan dengan filem anda dan gaya page Suka Filem.
Boleh gabungkan beberapa servis dalam satu kempen?
Boleh. Pilih satu servis atau gabungkan Paid Ads, Custom Seeders, Social Seeders dan Movie Page Collaboration mengikut keperluan kempen.
Setiap servis ada skop dan bajet sendiri. Saya bantu cadangkan gabungan yang sesuai selepas semak brief anda.
Apa yang saya perlu sediakan sebelum mula?
- Paid Ads: Akaun sosial aktif serta trailer, poster atau visual yang dah diluluskan. Sediakan bahan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kempen bermula.
- Seeders: Brief projek, mesej utama dan audience sasaran.
- Suka Filem: Maklumat filem, tarikh penting dan bahan promosi.
Saya akan bantu semak apa lagi yang diperlukan.
Berapa cepat kempen boleh mula?
Bergantung pada servis dan bahan yang dah tersedia:
- Paid Ads: Biasanya 24–48 jam selepas bahan diterima, tertakluk pada semakan platform.
- Seeders: Aktiviti bermula selepas brief dan skop disahkan.
- Suka Filem: Posting biasanya boleh mula dalam beberapa hari selepas pengesahan, mengikut jadual.
Sahkan tarikh sebenar dan slot dengan Hakim sebelum buat perancangan.
Macam mana pembayaran dibuat?
- Kempen pendek atau pakej sekali sahaja: Biasanya perlu dibayar sebelum kempen bermula.
- Kempen lebih panjang atau servis bulanan: Jadual bayaran boleh dibincangkan.
Boleh jumpa untuk bincang projek?
Boleh, kalau anda berada di Lembah Klang. Kalau lebih mudah, kita boleh urus brief, perbincangan dan laporan secara online.
Jom rancang
langkah seterusnya.
Nak promosikan filem, siri, platform, muzik atau acara? Kongsikan projek, tarikh dan apa yang anda nak capai. Kita bincang kempen yang sesuai.
Kongsi projek anda
Kongsikan projek, tarikh pelancaran dan bajet anda.
Dapat cadangan kempen
Saya cadangkan skop, platform dan kos yang sesuai.
Jom jalankan kempen
Bila dah dipersetujui, saya urus kempen hingga laporan akhir.
Belum pasti
nak mula mana?
Jawab lima soalan ringkas untuk dapatkan cadangan awal. Lepas tu, boleh terus bincang dengan saya.
Percuma · Tak perlu daftar