← Semua artikel
Panduan / Promosi filem

Bila patut mula promosikan filem anda?

Mulakan dengan apa yang penonton perlu tahu dan bahan promosi yang anda dah sediakan.

Oleh Hakim NaserBacaan 3 minit
Jawapan ringkas

Rancang dulu sebelum mula berbelanja. Bila tarikh tayangan dan bahan utama dah siap, susun kempen untuk perkenalkan filem, beri sebab untuk menonton dan mudahkan orang cari maklumat tayangan.

Susun jadual bermula dari tarikh tayangan dan rancang ke belakang. Tempohnya bergantung pada bahan promosi, penonton sasaran, bajet dan tempoh tayangan.

Sebelum pilih tarikh, semak apa yang dah siap.

  • Tarikh tayangan disahkan
  • Trailer dan klip diluluskan
  • Penonton sasaran ditentukan
  • Bajet dan kelulusan jelas

Kalau trailer masih dalam proses editing, gunakan masa ni untuk siapkan brief, rancang sasaran penonton dan bincang dengan pihak yang akan bekerjasama.

Contoh jadual untuk anda sesuaikan.

Perancangan tayanganEmpat fasa, setiap satu ada tujuannya.Contoh jadual · Sesuaikan dengan filem anda
  1. 6–8 minggu sebelum
    01 / SEDIAKAN

    Siapkan pelan kempen.

    Tetapkan sasaran penonton, bajet, bahan dan kelulusan. Beri brief kepada pasukan dan rakan kerjasama.

  2. 3–5 minggu sebelum
    02 / PERKENALKAN

    Biar orang kenal filem anda.

    Perkenalkan jalan cerita dan tarikh tayangan. Uji bahan iklan yang diluluskan jika bajet mengizinkan.

  3. 1–2 minggu sebelum
    03 / TARIK MINAT

    Beri sebab untuk pergi menonton.

    Selaraskan klip, content page dan seeding. Sertakan maklumat tiket apabila tersedia.

  4. Minggu pembukaan +
    04 / MUDAHKAN TINDAKAN

    Mudahkan orang cari info tayangan.

    Pastikan link dikemas kini, semak prestasi dan sesuaikan aktiviti dengan baki tempoh tayangan.

Ini cadangan perancangan, bukan penanda aras industri. Fasa boleh berjalan serentak; kalau masa singkat, ringkaskan pelan.

Pilih ukuran yang sesuai dengan objektif.

KESEDARANSiapa yang nampak?

Impressions, reported reach dan tontonan video.

TRAFIKSiapa yang klik?

Klik berkaitan atau lawatan ke halaman destinasi.

JUALANSiapa yang beli?

Data tiket yang sesuai dan kaedah pengukuran yang dipersetujui.

Jelaskan definisi metric setiap platform. Tontonan dan engagement sahaja tak membuktikan jualan tiket.

Sedang rancang promosi filem seterusnya?

Lihat pilihan paid ads, seeding dan kerjasama page filem untuk kempen anda.

Lihat servis ↗
Tentang HN Marketing Lab

Promosi digital untuk filem dan hiburan di Malaysia.

Jadual ini ialah cadangan, bukan standard industri atau dakwaan tentang hasil kempen terdahulu.

HN MARKETING LAB
HN BACKSTAGE